Monday, December 14, 2009

Harga Runtuh

anda ingin kahwin? tetapi tiada duit?. haaa. ini lahh masa nyaa. Kompang ezhar sinar murni telah menawarkan harga runtuh kepada sesiapa sahaja yg ingin menempah undangan kompang SINAR MURNI ini. Jangan malu malu, jangan segan segan. Hanya perlu dail number di bawah ini.
Sape cepat dia dpt. Harga boleh dirunding ya.

PUAN SABARIAH KASSIM

0162575048

Pertandingan kompang

pada 23/12/09 satu pertandingan akan diadakan di SHAH ALAM. Pertandingan ini telah mendapat sokongn hebat oleh orang ramai. Kompang ezhar sinar murni ini telah bekerja keras bagi memenangi tempat pertama dalam acara tersebut.

tempat pertama : rm3000
tempat kedua : rm 2000
tempat ketiga : rm 1000

sewaktu latihan diadakan pada setiap hari.

potong jgn tk potong. haha.

Monday, July 13, 2009

Sejarah Kompang Ezhar .

Kompang sering dimainkan di upacara perkahwinan & juga majlis perasmian . Permintaan tinggi masyarakat di Malaysia terhadap perkhidmatan kompang ini amat menggalakkan menyebabkan kebanyakan mereka sudah semakin progresif dan mempunyai laman web sendiri. Antara pasukan kompang yang menpunyai pengaruh dan tempahan yang meluas adalah KUMPULAN KOMPANG EZHAR. Kumpulan ini berasal dari sebuah kampung yang bernama BANTIN di Wilayah Jawa Barat. Pada waktu itu seorang yang bernama MUNAJI telah mendidik anak-anak bangsanya belajar ilmu persilatan dan kesenian kompang di daerahnya di zaman pemerintahan Belanda.Munaji membawa kesenian tersebut ke Singapura di dalam suasana peperangan Jepun. Di Singapura beliau melatihkan kesenian ini kepada seorang bernama JASMAN di sebuah kampung bernama Radin Mas dalam Daerah Tangong Pagar, Singapura. Jasman mula mengajar kesenian ini kepada beberapa orang muridnya termasuklah RAMLI HJ DAWAM (Pak Guru) dan seterusnya Ramli Hj Dawam membawa kesenian ini terus ke Malaysia. Di Malaysia seni ini telah bercambah ke hampir ke seluruh negeri di Malaysia. Kumpulan Kompang Ezhar mempunyai sistem permohonan ahli dan juga latihan yang teratur. Mereka juga mempunyai pakaian seragam kompang mereka sendiri. Mereka membuat proses pendaftaran ahli dari masa ke semasa.




Rentak dan paluan kompang EZHAR ini diilhamkan daripada rentak dan paluan kompang yang sedia ada di Singapura pada masa itu. Zikir-zikirnya pula dipetik dari kitab Diwanul Hadrah dan kitab Berzanji. Perkataan EZHAR adalah singkatan dari perkataan Suci / Setia Hati ( S dan H ). Dalam bahasa Indonesia S disebut Esh dan H disebut Ha. Lama-kelamaan ia disebut EZHAR. Sejak itu Silat Ezhar telah bergerak dibawah naungan Kesenian Ezhar.